Assalamualaikum wa RahmatulLahi wa Barakaatuh. 

24 Syaaban 1429 / 25 Ogos 2008
Tak sabar rasanya nak be'Ramadhan'.  Harap-harapnya Ramadhan kali ini jauh lebih baik daripada caca-marba yang dilakukan dulu. Biarlah menjadi satu titik perubahan supaya tak lalai lagi.

IBRAHzine v012 sudah sedia dimuat turun. Edisi yang agak terlambat kerana ada yang lampiran bonus yang mengisi,bukan sekadar majalah sahaja. Allahu akbar!

21 Rejab 1429 / 24 Julai 2008
AlhamdulilLah akhirnya dapat jugak IBRAHzine v011 dimuat turun. Ana jatuh sebaik sahaja pulang dari Terengganu dan berlarutan sehingga ke hari ini. AlhamduliLah hari ini dah ok sikit. Larat la nak letak majalah tu kat sini. Seperti kata pepatah, "Manusia punya asa,Tuhan punya kuasa."

p/s : dah serabut dengan Peta Persahabatan yang dah hampir penuh kat bawah tu? Nantikan kemunculan versi baru yang akan membawa anda untuk bernafas di dalam air.

15 Rejab 1429 / 18 Julai 2008
PENGUMUMAN!!  Pihak IBRAHzine meminta banyak maaf kerana tidak dapat memasukkan majalah IBRAHzine pada hari Sabtu (esok) kerana Zil-el-Saif terpaksa menghadiri perjumpaan yang sangat penting di Kuala Terengganu selama dua hari.  InsyaAllah akan diusahakan kembali untuk membolehkan IBRAHzine v011 dapat dimuat turun pada petang Isnin (21 Julai 2008).  Gomen nasai kudasai!!

12 Rejab 1429 / 15 Julai 2008
AlhamdulilLah, akhirnya IBRAHzine v011 hampir siap untuk diterbitkan dan dimuat turun.  InsyaAllah diizinkan Allah, majalah tersebut boleh dimuat turun pada hari Sabtu, 19 Julai 2008; maybe sebelah petang.  Mengapa hari Sabtu? Hanya hari Sabtu ana berpeluang untuk ke kafe Internet untuk upload majalah ni. Kalau setakat update web boleh buat dari rumah. Untuk majalah, tak dapat diupload di rumah kerana sambungan internet yang sangat perlahan (CDMA). Apa pun, semoga sudi memuat turun majalah ini dan hadamlah mana-mana yang patut. Nakama Forever!

07 Rejab 1429 / 10 Julai 2008
Baru-baru ini ana sempat melayari sebuah Forum yang dikenali sebagai ILuvIslam.  Sudah lama ana tak mengunjungi forum-forum yang ana pernah aktif dulu termasuklah ILuvIslam tu.  Rupanya ada satu private message daripada seorang moderator yang bernama hafizadam.  Rupanya beliau keliru dengan seorang forumner yang menggunakan nick Zi-el-Saif dan meletakkan nama penuh ana dalam signature beliau.  Setelah ana baca posting-posting yang dibuat oleh forumner tersebut baru ana sedar beliau menyamar menjadi ana dan meletakkan karya-karya yang diciplak daripada berbagai tempat dan mengaku sebagai karya sendiri (baca: sebagai karya ana), termasuklah karya En. Meo dari http://www.meozeq.com.

Untuk mengelakkan kekeliruan, ana ingin jelaskan bahawa ana tidak mendaftarkan nama "Zil-el-Saif" dalam mana-mana forum pun kecuali Forum IBRAHzine sendiri. Dalam forum-forum lain termasuk ILuvIslam, Shukur, BicaraMuslim, Ukhwah, Pergh, Lowyat, Mesra dan sebagainya ana mendaftarkan diri sebagai hiddenblade.  Nama ini dah lama ana pakai sejak bertahun-tahun dulu lagi.  Harap tidak terkeliru dengan mana-mana penyamaran.

Dan kepada individu yang terlibat, jika anda berniat nak tolong promosikan ibrahzine, boleh promosikan secara normal.  Tidak perlu menyamar jadi ana kerana banyak masalah boleh timbul.  Apatah lagi sebagai seorang Muslim, tak perlu berpura-pura.

15 Jamadil Akhir 1429 / 19 Jun 2008
IBRAHzine v010 sudah boleh dimuat turun dari bahagian MAJALAH!

13 Jamadil Akhir 1429 / 17 Jun 2008
Ana memohon maaf kerana IBRAHzine v010 belum dapat dimuat turun lagi kerana beberapa kesilapan susun atur dan penulisan menyebabkan ia terpaksa dibaiki semula.  InsyaAllah IBRAHzine v010 akan dapat dimuat turun pada petang esok atau paling lewat hari khamis.  Gomen nasai kudasai!

IBRAHzine v010 akan menampilkan perubahan dari segi muka depan dan beberapa konsep dengan mengambil kira pandangan daripada sahabat-sahabat IBRAHziners sekalian sama ada melalui e-mail, IzForum atau YM.  Semoga wajah baru ini boleh diterima dan mendapat respon positif.

03 Jamadil Akhir 1429 / 07 Jun 2008
Suatu malam Sang Raja sedang bersiar-siar meninjau kehidupan rakyat jelata.  Kebanyakan rakyat telah tidur nyenyak dibuai mimpi tanpa menghiraukan Sang Raja.  Namun tidak bagi Pengasuh Kusina Pak Dogol. 

Kelihatan Pak Dogol sedang bercangkung membelek-belek rumput di hadapan rumahnya.  Lampu minyak tanah menerangi halaman rumah dengan warna jingga.  Sang Raja tertarik dengan perbuatan Pak Dogol terus bertanya.

"Apa yang kamu buat di halaman malam-malam buta ni?"

"Patik sedang mencari cincin opal yang terjatuh tadi.  Masih tak jumpa lagi walau telah lama mencari," jawab Pak Dogol.

"Aduhai, penting sangatkah gerangan cincin itu?  Di mana jatuhnya?  Boleh kita sama-sama mencari"  kata Sang Raja.

"Jatuh di bawah pokok rambutan di kebun sana," kata Pak Dogol sambil menunjukkan kebun rambutan seluas tujuh kangkang kera.

"Habis mengapa di sini pula yang dicari?  Tidakkah hilangnya di kebun sana?"  hairan Sang Raja mencari jawapan.

"Di sana gelap sangat, wahai Tuanku.  Di sini lebih terang, pasti lebih mudah dicari."

11 Jamadil Awwal 1429 / 17 Mei 2008
IBRAHzine v009 dah ada tu.  Masih lagi orang yang sama menghiasi muka depan.  :-(   Baju pun warna sama jer budak ni. 

Ghuraba'u
Hakazal ahraarul fi dunyal 'abiy


 

06 Jamadil Awwal 1429 / 12 Mei 2008
Wallpaper baru!  Wallpaper baru!
Wallpaper baru!  Wallpaper baru!
Wallpaper baru!  Wallpaper baru!

Jangan lupa download wallpaper baru tu.  Jangan lupa juga baca komik tazkirah terbaru daripada saudara Meo188 di Bahagian Karya Khas IzForum/

Doumo Arigatou gozaimashita!

03 Jamadil Awwal 1429 / 09 Mei 2008
InsyaAllah, IBRAHzine v009 akan dapat dimuat turun bermula dari 17 Mei 2008 (Sabtu).  Check out juga beberapa wallpaper yang boleh dimuat turun esok.

InsyaAllah, installment ketiga IBRAHzine:INSIDER (bahan tarbiyyah) akan disiapkan secepat mungkin.  Masih lagi berkaitan penulisan as-Syahid Hasan al-Banna tapi dalam mood yang lebih ceria.

"Semoga ALLAH memberikan pelangi untuk setiap hujan, senyuman untuk setiap tangisan, rahmat untuk setiap cubaan, kekuatan untuk setiap dugaan dan makbul untuk setiap doa"

12 Rabiul Thani 1429 / 19 April 2008
Check out IBRAHzinev008 dan IBRAHzine:Sinetron#02 di bahagian Majalah.  Seperti yang ana tulis dalam Mailing List dan Email; Dapatkan Sebelum Ia Menjadi Basi!  

Sousa kanashimi  wo yasashisa ni, jibun rashisa wo chikara ni.  Mayoi nagara demo ii, aruki dashite.  Mou ikkai! Mou ikkai! -
Soundtrack Naruto

12 Rabiul Thani 1429 / 19 April 2008
Tak semua yang kita rasa betul orang lain juga rasa betul dan mungkin apa yang orang lain rasa betul kita tak setuju.  Ana mendapat teguran daripada saudari damia desa melalui email dan forum thread yang tidak bersetuju dengan pemboikotan barangan Belanda.

Antara yang beliau tulis ialah;
1) BUKAN SEMUA rakyat Belanda menyokong penerbitan filem ini. jika ekonomi Belanda jatuh, kemungkinan besar ada yg kehilangan peluang pekerjaan. bagaimana mereka menyara hidup.....
2) KERAJAAN BELANDA sendiri tidak pernah bersetuju dgn filem Fitna, malahan kerajaan Belanda telah memohon maaf....
3) ... mahukah kita menyeksa saudara seislam kita di sana....

Baca tulisan penuh beliau di IzFORUM serta pandangan ana, anda dan sahabat-sahabat yang lain.

08 Rabiul Thani 1429 / 15 April 2008
PENGUMUMAN 3
IBRAHzine:Sinetron#02 akan boleh muncul di wilayah IBRAHzine.com ini pada Jumaat (18 April 2008).  Apa isi kandungannya?  Haha.. baik rahsiakan dulu.

 

08 Rabiul Thani 1429 / 15 April 2008
PENGUMUMAN 2
IBRAHzinev008 boleh dimuat turun mulai petang esok di bahagian majalah.  Cuba lihat preview muka depan majalah tu di sebelah kanan.  Boleh teka permainan tradisional apa yang ditunjukkan dalam gambar tu?  Orang kampung mesti kenal.

08 Rabiul Thani 1429 / 15 April 2008
Senangkah untuk Berdakwah?PENGUMUMAN 1
IBRAHzine:Sinetron#01 telah diupload ke server bermula semalam.  Sila klik di SINI untuk mengetahui sinopsis karya tersebut bersama link untuk mendapatkan karya tersebut.

05 Rabiul Thani 1429 / 12 April 2008
Ana menerima satu e-mail daripada seorang sahabat yang memberikan link ke sebuah website yang menawarkan program Pay-per-Survey (jawab survey atau questionnaire yang diberikan dan diberi upah atas jawapan tu). Ana sebenarnya dah banyak cuba benda-benda macam ni masa mula-mula kenal internet dulu (tahun 2000) dan dah banyak belajar daripada kesilapan. Kesimpulan yang ana boleh buat ialah banyak program macam ni (terutamanya Pay-per-Click dan auto-surf) yang mengarut.

Tapi untuk program ni ana rasa macam ok jer. Tapi terlalu awal untuk buat konklusinya kerana masih banyak yang perlu dikaji terutamanya dari segi SYARA'. Ulasan selanjutnya....

30 Rabiul Awwal 1429 / 07 April 2008
Kempen memboikot barangan Belanda masih lagi hangat, langsung tidak ditenggelami oleh isu-isu yang sentiasa timbul setiap hari.  Walaupun dalam IBRAHzine.com ini tidak disebut secara langsung berkenaan kempen tersebut, sedikit-sebanyak ada disentuh oleh beberapa forumner di IzFORUM , forum IBRAHzine.  Namun ana sendiri tidak terlepas daripada menerima e-mail dan sms bertanyakan pendirian IBRAHzine berkenaan kempen tersebut.  Di antara e-mail yang ana dapat ada yang menggesa supaya IBRAHzine turut memaparkan artikel atau bahan-bahan berkenaan pemboikotan tersebut dan ada juga yang menghantar e-mail supaya tidak terlibat dengan pemboikotan tersebut.  ANA BERPENDIRIAN TEGAS UNTUK MENYOKONG PEMBOIKOTAN BARANGAN BUATAN BELANDA.

Di sini juga ana ingin mengambil kesempatan menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan (atau diforward? sebab nampak macam diforward kepada ana daripada Yahoo groups).  Sengaja ana letak di sini setelah membalas e-mail tersebut untuk renungan bersama.  Walau bagaimanapun ia sekadar pandangan peribadi ana; seorang yang masih cetek ilmu agama (ana lulusan office management bukan jurusan agama).  Sebarang respon sangat ana harapkan sama ada melalui e-mail atau di IzFORUM.

Dalam e-mail : hmm...perlu ker boikot ekh?? Islam x mengajar kita balas kejahatan dengan kejahatan.. rasanyer Nabi Muhammad (S.A.W) sendiri x pernah membalas kejahatan bagi setiap kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya. Malah, baginda sentiasa membalas dengan kebaikan.Kalau kita terus boikot semua, rasanyer lagi kafir laknatullah ni anggap Islam ni agama yang suka membalas dendam.

Pandangan ana : Kejahatan tak dibalas dengan kejahatan adalah merujuk kepada kejahatan yang dikenakan ke atas diri RasululLah s.a.w, baginda s.a.w. tidak membalasnya dengan perkara yang sama. Itu adalah jika serangan peribadi seperti Nabi dibaling batu atau najis.  TAPI BUKAN JIKA PENGHINAAN TERHADAP ISLAM ATAU MARUAH ORANG ISLAM.  Cuba rujuk bagaimana tindakan yang RasululLah s.a.w ambil bila beberapa orang Yahudi Bani Qainuqa' mencabul dan mengganggu seorang wanita Islam.  Bukankah Bani Qainuqa' yang enggan meminta maaf dan mengaku salah dikepung dan dihalang daripada berhubung dengan dunia luar termasuk mendapatkan bekalan makanan?  Bukankah itu lebih dahsyat daripada memboikot?  Malah RasululLah s.a.w juga pernah mengarahkan pembunuhan penyair-penyair (masa tu takde teknologi buat filem lagi) seperti Asma' bin Marwan, Abu Afak dan Kaab bin al-Asyraf selepas mereka menghina Islam dan memperlekehkan kemenangan umat Islam dalam Perang Badar. 

Dalam e-mail : Pernah Baginda menyuapkan seorang kapir yang buta makan di kaki lima..tapi kapir tu sebok caci maki Rasulullah. sebab die xtau orang yang suapkan die tu adalah Rasulullah..tapi Nabi Muhammad xpernah membalas..malah baginda setiap hari terus menyuapkan kapir tu. sehinggalah Rasulullah wafat, seorang sahabat mengambil alih tugas menyuapkan kapir yang buta tue..tapi kapir tu sedar cara suapan yang xsama dengan suapan Rasulullah..lalu sahabat bercerita kisah yang sebenarnyer tentang kewafatan baginda..Akhirnya, kapir buta tu masuk Islam.. p/s: cerita sebenar dah lupa..tapi pengajaran dari jalan citer tue..macam tu laa...

Pandangan ana : Itu salah satu daripada dakwah RasululLah s.a.w.  Sebagaimana yang kita tahu RasululLah s.a.w sangat bijak dan penuh strategi.  Perkara ini berlainan dengan pembunuhan penyair-penyair tadi kerana jika dibandingkan dengan penyair-penyair yang berpengaruh tadi (terutama Asma' yang bangsawan, jelita dan panadai berkata-kata), apalah sangat caci-maki pengemis yang langsung tak dipandang orang ramai.  Dalam kes Geert Wilders tu, ana lebih cenderung menyamakannya dengan penyair-penyair tadi kerana beliau berkuasa, berpengaruh dan berbahaya.

WalLahu a'lam.  Walaupun diri ini masih kurang ilmu, moga dijauhkan daripada tergolong dalam golongan juhala'.

23 Rabiul Awwal 1429 / 31 Mac 2008
Menyambut April Fool = Mengetawakan Para Syuhada?

1 April.  Detik yang ditunggu-tunggu oleh peminat-peminat April Fool untuk mengenakan kawan-kawan mereka.  Tahukah sahabat-sahabat bahawa April Fool bukan sekadar hari untuk bergurau tapi ada sejarahnya yang tersendiri.  Alkisahnya...

Suatu waktu dulu, di awal zaman kejatuhan Islam di Sepanyol, umat Islam masih lagi berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah.  Mereka bukan saja membaca al-Quran malah mengamalkannya.  Bila disebut riba itu haram, mereka meninggalkannya tanpa memberikan alasan yang bukan-bukan seperti boleh bangkrap jika tidak ada riba atau bila al-Quran menyuruh menjaga keluarga daripada api neraka, mereka bertegas supaya isteri-isteri mereka menutup aurat.  Tidak dayus seperti umat sekarang ini.

Bagaimanapun, tentera kuffar tidak pernah senang dengan kehebatan Islam.  Mereka menyerang namun tak dapat menumbangkan.  Akhirnya mereka berjaya merosakkan umat Islam dengan rokok, hiburan dan arak (yang dihadirkan dengan nama lain sebagai penipuan). 

Bermulalah episod kekalahan kerajaan Islam di Sepanyol.  Satu demi satu bandar dan negara jatuh ke tangan tentera kuffar.  Benteng terakhir Gharnathoh (yang juga dikenali sebagai Granada) jatuh pada 1 April.  Di sinilah kisah sadis berlaku; di sebalik penipuan dan gurauan tentera kuffar laknatulLah.

Pada masa itu, umat Islam yang terselamat berlindung di rumah masing-masing untuk meyelamatkan diri daripada kezaliman tentera kuffar.  Namun tentera kuffar masih tidak berpuas hati.  Mereka mahu menghapuskan semua umat Islam yang tinggal.

Sebagai satu rancangan jahat, pihak tentera kuffar membuat tawaran untuk membawa umat Islam keluar dari Sepanyol dengan kapal-kapal yang mereka sediakan.  Umat Islam yang tidak percayakan tipu helah tentera kufar tersebut menyelinap keluar dari rumah untuk memastikan adakah betul ada kapal yang disediakan atau sekadar umpan untuk memancing mereka keluar daripada rumah masing-masing.

Setelah berpuas hati apabila melihat kapal yang ada, mereka mula berkemas untuk menaiki kapal tersebut.  Mereka hanya dibenarkan membawa barang keperluan asas sahaja.  Keesokannya (1 April) mereka membawa barang-barang menuju ke kapal yang dijanjikan.  Lega hati bila melihat kapal masih ada, bukannya penipuan.  Namun itulah perangkap sebenar.  Bila sahaja sampai ke pelabuhan, rumah mereka digeledah, dirompak dan dibakar.  Malah kapal di pelabuhan juga dibakar.

Umat Islam yang terperangkap oleh tipu daya tentera kuffar tersebut dibunuh sewenang-wenangnya tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak.  Mereka merayakan hari tersebut sebagai tanda kemenangan dan gurauan terhadap tipu daya mereka.  Sehingga hari ini mereka masih mempersendakan peristiwa tersebut dan yang paling menyedihkan ia turut diraikan oleh umat Islam sendiri.

Ingat! APRIL FOOL adalah HARAM kerana ia adalah hari peringatan pembantaian umat Islam di Sepanyol melalui tipu helah dan gurauan.

Jangan mengambil mudah perkara ini kerana RasululLah s.a.w pernah bersabda bahawa siapa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam maka bukan daripada golongan mereka (umat Islam).  JANGAN MENCARI KESERONOKAN DI ATAS KESEDIHAN ORANG LAIN.

21 Rabiul Awwal 1429 / 29 Mac 2008
Ya Allah!  Sahabatku buah hatiku.  Mesra kami penawar duka.  Rindu kami menambah cinta.  Rajuk kami membuah ceria.  Ya Allah! Silaturrahim kami Ukhuwwah FilLah.  Permusuhan kami, nauzubilLah.  Berpisah hanya dengan mati, insyaAllah.  Pengubat hati kami, rabithah. 

Ya Allah!  Rahmati kami meniti usia.  Terpisah kami di alam nyata.  Temukan kami semula di taman syurga.  Aamin Ya Rabbal 'Aalamiin!.

Ukhuwwah filLah di Hati.

19 Rabiul Awwal 1429 / 27 Mac 2008
IBRAHzine.com bertukar rupa dengan sekelip mata! Henshin! AlhamduliLah dapat jugak idea camna nak design website ni untuk kali ketiga.  Segala teguran dan cadangan daripada sahabat-sahabat dah diambil kira untuk design website ni, tapi tak semua diterima la.

Kalau ada apa-apa teguran, komen atau cadangan, boleh kemukakan di IzForum.  Nak sangat dengar daripada sahabat-sahabat agar IBRAHzine akan bertambah baik daripada semasa ke semasa; demi perjuangan Islam yang tak pernah berakhir.

09 Rabiul Awwal 1429 / 17 Mac 2008
Lamanya tak sentuh IBRAHzine sejak demam PRU12 bermula. AlhamdulilLah dapat gak siapkan IBRAHzine v007 walaupun waktu yang ada cukup mendesak. Allahu Akbar!
"Nanni? Nannan? Nanyarou?"

09 Safar 1429 / 17 Februari 2008
Parlimen dah dibubarkan, tapi IBRAHzine takkan dibubarkan. Jadi, IBRAHzine v006 dah muncul dalam laman web ini untuk dimuat turun! So, tunggu apa lagi? "Jinsen'tte subarashi"

09 Muharram 1429 / 18 Januari 2008
IBRAHzine v006 dah keluar!! Memang terlambat sangat ni, pasal server webhosting down. Banyak pula ujian dari Allah di tahun Baru 1429 ni. Check out seksyen Majalah untuk memuat turun majalah ni. Dan jangan lupa sertai forum IBRAHzine di IzForum!

21 Zulhijjah 1428 / 31 Disember 2007
Selamat tahun baru 2008! Harap masih sihat walafiat, berpanjangan hingga ke akhir hayat. Forum IBRAHzine.com versi Percubaan dah sedia untuk dilawati di IBRAHzine Forum. Segala kekurangan yang ada harap ada respon, agar dapat yang terbaik. Wsalam. Jangan lupa download kalendar sumbangan Lifutushi di seksyen Muat Turun!

02 Zulhijjah 1428 / 12 Disember 2007
Dah siap satu lagi keluaran untuk IBRAHzine. Malam ni boleh la rileks sikit. Nak lupakan segala kerja selama sehari dua sebelum kembali ke menghadap IBRAHzine. Let's Warcraft DotA!!

ichi ni san shi go roku shichi, boku no tomodachi wa doko desuka?
(Bila terjemah pantun Mandarin hari tu ke Bahasa Jepun dah tak jadi cam pantun pulak)

21 Zulkaedah 1428 / 01 Disember 2007
Satu lagi bahan untuk dimuat turun dari IBRAHzine.com, iaitu Rukun Baiah Hasan al-Banna. Bahan bacaan serius? Nampaknya macam tulah. Sekali-sekala bacalah jugak bahan fikrah macam ni. Dah banyak sangat enjoy kehidupan, luangkan masa untuk menyuburkan iman dan fikrah.

yī ér sān sì wū liú qī, wŏ de pèngyŏu zài nāli?

9 Zulkaedah 1428 / 19 November 2007
Alhamdulillah, laman web IBRAHzine.com kembali dengan wajah baru. Dengan azam baru. Dengan aspirasi baru. Harap sahabat-sahabat sekalian terus memberi sokongan dalam usaha dakwah ini. IBRAHzine v003 sudah berada di layar siber sejak 13 November lalu. Sebarang maklum balas amat dialu-alukan. Kage bunshin no Jutsu!

17 Syawal 1428 / 29 Oktober 2007
Umpama dua garisan sejajar. Tidak mungkin akan bertemu namun akan sentiasa bersama. Anak kembar tiada hubungan darah yang akan sentiasa bertarung antara satu sama lain. Pertembungan di antara cahaya dan kegelapan. Akhirnya, penjenayah berada di kalangan kita! Sedikit komentar berkenaan komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaicihi yang baru (",) Berhati-hati dan bersikap teliti dalam setiap perkara.

4 Syawal 1428 / 16 Oktober 2007
Berlalu sudah Hari Raya Tapi Syawal belum tamat lagi Masih sempat nak berpuasa 6

       

"Di hari lebaran mulia ini jangan pula membuat dosa. Begitulah hakikatnya Hari Raya, bergembira tanpa melupakanNya, Allah yang Esa" - Nasyid Raya.

 Semasa kata-kata ini ditulis (ditaip), tinggal 3 hari lagi sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Sedihnya nak tinggalkan Ramadhan. Baru beberapa kali jer sempat berbuka puasa dengan keluarga, tu pun tak semua ahli keluarga ada. Bahagia betul dapat berkumpul berbuka puasa bersama. Teringat salah satu sabda Nabi s.a.w yang mengkhabarkan bahawa terdapat dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu semasa berbuka puasa dan semasa menemui Tuhannya.
Memang ana sendiri pun rasa lebih bahagia berbuka puasa bersama keluarga berbanding dengan Hari Raya Aidilfitri.

7 Ramadhan 1428 / 19 September 2007
IBRAHzine v002 dah siap. Akhirnya penat lelah berbaloi juga bila melihat hasil yang telah ana siapkan. Memang masih terlalu banyak kekurangan dan kecacatan. Namun begitu, berbanding dengan keluaran pertama, IBRAHzine v002 ada beberapa peningkatan walaupun sumbangan karya daripada sahabat-sahabat berkurangan berbanding keluaran yang dahulu. Mungkin disebabkan sekarang musim peperiksaan bagi kampus-kampus pengajian tinggi. Tak apalah, akhirnya ana dapat siapkan juga walaupun berpetualang sendirian. Usaha kena berterusan. InsyaAllah.

Erm... lepas Subuh tadi ana selongkar gambar-gambar lama dalam PC, nak cari kot-kot ada gambar-gambar dan artwork lama yang menarik untuk diselitkan dalam IBRAHzine v002 . Terjumpalah gambar raya lama yang ana sendiri pun tak tahu tahun bila gambar ni diambil. Belum sekolah lagi. Masa tu masih lagi duduk di rumah nenek. Ana yang pakai kupiah hijau tu bersama ngan adik kat sebelah kanan dan sepupu atas kerusi kat tengah. Kucing yang dia pegang tu bernama Jodi yang dah lama arwah. Ye la, gambar lama sampai warna pun tak jelas. Tengok muka ana pun dah jadi kuning masa ambik gambar tu.

Oklah, dah cukup panjang dah nie. Kepada semua sahabat-sahabat yang mengunjungi ibrahzine.com ana ucapkan Happy Aidilfitri, Eid Mubarak as-Saeid, Kaizhaijie Kuaile dan Aidilfitri Omedetou. Jaga diri dan iman. Jangan mudah berapa ego dan takabbur kerana sehebat manapun seekor naga itu, akan kecundang juga di pinggir kolam bila badai bertemu dengan awan. Ila al-Liqa' wa Maas Salaamah..

7 Ramadhan 1428 / 19 September 2007
Setelah lebih dua minggu IBRAHzine bertapak di alam siber ini, keazaman ana untuk beristiqamah dalam meneruskan penerbitan majalah ini semakin membara. Dengan sokongan sahabat-sahabat terutama yang dikenali di luar alam siber, rasanya tiada alasan untuk berhenti separuh jalan, walau kekadang rasa kehilangan arah sebab keletihan dan ketandusan idea.

InsyaAllah, kalau ada rezeki IBRAHzine boleh dimuat turun selewat-lewatnya akhir Ramadhan. Ana sedang berusaha untuk menyiapkannya secepat mungkin. Harap ada sahabat-sahabat yang akan turut menyumbangkan bahan untuk keluaran kedua ni. InsyaAllah, segala amal baik tidak sia-sia di sisi Allah jika kita ikhlas dan mengharapkan redhaNya. Segala bahan yang hendak disumbangkan bolehlah dihantar ke editor(at)ibrahzine(dot)com Heh... iklan lagi.

Pernah dengar Risalah Taalim? Pernah dengan Rukun Baiah? Pernah dengar nama al-Imam as-Syahid Hasan al-Banna? Rukun pertama daripada Rukun-rukun (Arkaan) Baiah yang dikemukakan oleh Imam al-Banna ialah Faham. Maksud Faham di sini bukanlah seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan atau buku teks Darjah 3 Mawar. Ia sebenarnya panduan-panduan sebagai asas untuk kita memahami Islam. Jangan pula kita fikir bahawa Imam al-Banna melakukan bidaah dengan mengemukakan panduan yang baru. Kesemua 20 usul yang terkandung dalam Rukun Faham mempunyai dalilnya yang sahih daripada al-Quran dan al-Hadith. al-Imam hanya menyusun kembali agar mudah difahami.

InsyaAllah sedikit masa lagi ana akan meletakkan Usul 20 (Usul Eisyrein) untuk dimuat turun daripada laman IBRAHzine ini. Ana akan siapkan secepat mungkin selewatnya minggu depan. Walau bagaimanapun, yang akan ana letak kat sini hanyalah terjemahan Usul 20 tersebut. Ana takkan menghuraikan apa-apa daripada teks tersebut kerana ana bukanlah orang yang berilmu dan layak untuk membicarakan tentang perkara itu. Untuk huraian lanjut, sahabat-sahabat bolehlah mencari buku-buku tulisan Abu al-Hasan an-Nadwi, Fathi Yakan, Abu Urwah dan lain-lain penulis yang menghuraikan Rukun Baiah tersebut. JazaakalLaah.

27 Shaaban 1428 / 9 September 2007
Akhirnya dapat jugak IBRAHzine disiapkan. Betapa lamanya nak mulakan langkah pertama, bertambah lama lagi nak generate idea. Nak design layout majalah dan yang paling leceh nak buat website ni. Dengan pengetahuan yang serba minima tentang HTML dan langsung tak tahu-menahu tentang Java, CGI dan ntah-hapa-hapa lagi skrip yang orang guna buat website, memang makan masa betul nak buat website ni. Padahal budak-budak IT boleh siapkan kejap jer, tak sampai sejam. Menyesal gak tak belajar Web Design ngan serius dulu. Banyak sangat main-main, sekarang baru ingat dunia.. :-(

Camna ngan majalah nie? Memang pihak IBRAHzine mengakui banyak kekurangan, sangat banyak. Hasil pertama dari seorang amatur yang berkelana seorang diri. Namun alhamdulillah, ada gak sorang dua sahabat yang menghulurkan sumbangan. Ada jugak hasil kerja orang lain kat dalam IBRAHzine v001 nie. Kalau tak akan jadi 100% hasil kerja Zil-el-Saif. (",). Harapnya untuk IBRAHzine v002 nanti ada sumbangan karya dari sahabat-sahabat yang lain. Kita berkongsi ilmu di samping menyebarkan dakwah.

Apa sumber inspirasi dalam menerbitkan IBRAHzine? Sebelum ini ana pernah membaca IMAG (disebut Ai-Meg) yang diterbitkan oleh anak-anak muda dari timur tengah. Dalam Bahasa Inggeris. Ringkasan daripada perkataan Islamic Magazine. Tapi sayang dah lupa URL dia. Dahla tu, bila online lak lupa nak search majalah tu. Tapi apa yang ana boleh cakap ialah majalah tu sangat menarik kerana isu-isu yang dibangkitkan kontemporari dan gaya bahasa yang sempoi. Selain tu ana gak ana tertarik ngan majalah online dari indonesia, ANNIDA ONLINE, URL dia http://www.ummigroup.co.id/annida/ . Walaupun agak pening dengan bahasa yang pekat macam Mutiara Hati, penampilan majalah ni agak menarik.

Satu lagi inspirasi ana adalah majalah komik Muslim AlwanComics. Ia diterbitkan oleh seorang pemuda yang lepasan universiti timur tengah. Sebelum nie ana biasa tengok karya dia kat http://www.pergh.com/ . Tak sangka pulak inesiatif beliau begitu tinggi. Bukan setakat buat komik online percuma, malah sudah keluar beberapa keluaran majalah komik bercetak di pasaran, Alwan. Web hosting yang ana guna ni (mesrahosting) pun direkomenkan oleh beliau. Cuba check http://www.alwancomics.com/

Apapun, harap sokongan dari sahabat-sahabat untuk menghidupkan majalah ini. Jangan lupa daftar dengan mailing list kat belah kiri ni untuk menerima maklumat tentang keluaran baru dan bahan baru untuk dimuat turun. Satu lagi, isi dulu buku tamu sebelum beredar dari laman IBRAHzine. Ok, Mata aimashou! Ganbaru yo!

MOHD AMIRUDDIN BIN ABDULLAH
Ex-DOMT UiTM Terengganu