Antara Kita

bullet Borang Maklum Balas IBRAHzine
bullet Perkenalkan IBRAHzine kepada Sahabat-sahabat
bullet Forum Persahabatan IBRAHzine
bullet Buku Tetamu IBRAHzine
bullet Tentang Webmaster

Soalan-soalan Lazim

S: Apa sebenarnya IBRAHzine? Motif?
J: IBRAHzine, sebuah majalah elektronik Muslim PERCUMA (freebies magazine) yang diterbitkan untuk mempelbagaikan cara dakwah. Ada orang yang pandai bercakap boleh berdakwah guna lisan. Yang suara sehebat radio, boleh berdakwah dengan nasheed. Yang pandai berpenglipurlara, boleh berdakwah dengan sajak dan puisi. Bagi IBRAHzine, ini salah satu yang mampu dilakukan. Apa yang mampu kita buat, teruskan saja. Daripada mensia-siakan peluang, gunakan untuk agama Islam.

S: Mengapa IBRAHzine boleh dimuat turun PERCUMA? Tak rugi ke? Atau sekadar permulaan sebelum dikomersialkan?
J: Mengapa PERCUMA? Ahha... tak perlu bayar untuk saling ingat-mengingatkan. Rugi tu takdelah sangat. Domain + hosting RM150 setahun berbanding dengan ganjaran dan nikmat yang Allah kurniakan selama ini, RMXXXX??, tak terkira. Langsung tak dapat dibandingkan. IBRAHzine tiada perancangan untuk majalah berbayar. Mungkin ada perancangan untuk mencari pendapatan online tapi bukan dengan MENJUAL MAJALAH atau MENGUTIP DERMA UNTUK MAJALAH. Banyak lagi cara lain nak cari duit. Dakwah should be free. Let it be free.

S: Boleh ke IBRAHzine dicopy kepada rakan-rakan atau setiap orang wajib download sendiri kalau nak baca?
J: Boleh je pass camtu jer kat orang lain. Lagi ramai orang baca lagi baik. Nak cetak pun takpe. Cuma takleh jual jer. Tak aci la jual, macam pergi ambil pisang percuma kat masjid pastu jual kat kedai. Kalau just ambik upah burn ke dalam CD atau upah print tak kisah, boleh je. (",)

S: Boleh tak ambil bahan-bahan dalam IBRAHzine untuk diletakkan dalam website / majalah lain?
J: Selalunya boleh. Cuma kena bagitau kepada editor(at)ibrahzine(dot)com Kalau website harap boleh link balik ke http://www.ibrahzine.com dan kalau bahan bercetak just letak URL IBRAHzine kat mana-mana. Majalah IBRAHzine diterbitkan dalam bentuk PDF, jadi susah sikit nak guna. Kalau ada kesukaran untuk menggunakan bahan-bahan dalam tu, boleh request bahan asal yang boleh diedit.

S: Bagaimana nak sumbangkan karya ke IBRAHzine?
J: Email saja ke editor(at)ibrahzine(dot)com. Tapi karya tu hendaklah tidak menyalahi syarak dan undang-undang hakcipta. Sebarang lawak lucah atau lawak bodoh yang tak ada manfaat tak akan diterima. Begitu juga kutukan melampau terhadap mana-mana hamba Allah juga tak dibenarkan. Sertakan sekali nama samaran, email dan website jika ada untuk IBRAHzine link balik ke website anda.

S: Bolehkah kiranya IBRAHzine menyediakan panduan untuk membuat bom atau pelancar roket buatan sendiri? Ingin sekali nak bom zionis.
J: Itu bukan dalam bidang kepakaran kami. Harap maaf.

S: Bagaimana jadual penerbitan IBRAHzine? Sebulan sekali?
J: Jadualnya ialah... ia boleh dimuat turun bila dah siap. Tiada jadual tetap buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, editorial akan cuba memastikan jarak antara tarikh keluaran majalah tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat. Untuk mendapat update terkini tentang IBRAHzine, sila mendaftar dengan mailing list IBRAHzine.

S: Mailing List IBRAHzine? Adakah inbox saya akan dipenuhi dengan iklan-iklan daripada IBRAHzine setiap hari?
J: Tidak sekali-kali. Mailing List tersebut hanya digunakan untuk mengumumkan keluar baru majalah, berita IBRAHzine dan juga jika ada bahan baru yang boleh dimuat turun. Tiada iklan komersial, tiada SPAM. InsyaAllah.

S: Apakah perancangan IBRAHzine selain daripada majalah?
J: Tengah brainstorming. Ada cadangan tak?

S: IBRAHzine sekarang dah tak macam dulu.  Dah ada iklan, adakah ini petanda IBRAHzine akan dikomersialkan?
J: Petanda?  Majalah IBRAHzine akan tetap dengan ciri-ciri yang sama; iaitu dakwah adalah percuma.  Iklan adalah sebagai sumber pendapatan untuk menampung biaya hosting dan pelbagai keperluan lain.  Majalah IBRAHzine tidak akan dikenakan sebarang bayaran; dulu, kini dan selamanya.  Tak taulah kalau keluar dalam bentuk offline, tu lain cerita.